
Pengurusan Acara Profesional
Jadikan majlis anda sebuah memori abadi. Dari hari keluarga yang santai hingga ke kem bina insan yang berimpak tinggi, kami menyediakan lokasi privasi seluas 35 ekar untuk menjayakan visi anda.

Jadikan majlis anda sebuah memori abadi. Dari hari keluarga yang santai hingga ke kem bina insan yang berimpak tinggi, kami menyediakan lokasi privasi seluas 35 ekar untuk menjayakan visi anda.
Selamat datang ke The Daun Café, kafe in-house kami yang dikelilingi kehijauan alam semula jadi. Tempat terbaik untuk lepak santai, isi perut dan nikmati suasana tenang resort.
🕖 Waktu Operasi:
Setiap hari dari 7.00 pagi hingga 10.00 malam
✨ Pakej Hujung Minggu Istimewa
Nikmati pakej chalet lengkap dengan 2 buffet sarapan percuma — sesuai untuk percutian keluarga, pasangan atau group kecil yang nak rehat dari hiruk-pikuk bandar.
🍽️ Untuk Organizer, Agensi & Korporat
Kami turut menyediakan pakej makan lengkap (Full Meal Plan) merangkumi:
🔥 BBQ Buffet Paling Berbaloi!
Tak lengkap percutian tanpa BBQ! Kami menawarkan buffet BBQ yang sedap, harga mampu milik dan berbaloi! sesuai untuk group, event atau makan malam santai bersama yang tersayang.
✨ Come, dine & chill with us.
Rasa sendiri pengalaman makan dalam pelukan alam semula jadi.

Fasiliti dewan indoor dan outdoor yang lengkap dengan sistem siar raya (PA system) bagi menyokong mesyuarat, kursus induksi, dan seminar organisasi anda.
Cipta ukhuwah keluarga yang lebih erat melalui sukaneka padang, rekreasi di Sungai Batu, dan santai BBQ di kawasan wakaf yang eksklusif.
Lokasi ideal untuk kem motivasi pelajar dan belia dengan aktiviti lasak seperti litar halangan (obstacle course) dan merentas hutan yang mencabar.
Program intensif untuk membina jatidiri, semangat kerjasama dan ketahanan fizikal melalui cabaran luar di hutan Ulu Yam.
Acara riadah santai untuk mengeratkan silaturrahim keluarga dengan aktiviti menarik di tepi sungai yang jernih dan fasiliti BBQ.
Menyediakan modul kepimpinan dan pembangunan modal insan yang holistik, dikendalikan oleh fasilitator bertauliah dalam suasana kondusif.
Pelbagai pilihan tempat tinggal dari Container Chalet yang moden hingga Dormitori dan Tapak Perkhemahan di tengah alam semula jadi.
Infrastruktur dewan seminar yang lengkap dengan peralatan audio visual, menyediakan ruang kondusif untuk sebarang skala program latihan.
Lokasi strategik untuk menganjurkan taklimat, mesyuarat tertutup dan sesi ‘townhall’ agensi, dengan privasi yang terjamin.
Ruang serbaguna yang boleh diselaraskan mengikut bilangan peserta.
Pantauan CCTV 24 jam dan kawalan keselamatan untuk privasi acara anda.
Sewaan meja, kerusi, PA system, dan projektor tersedia mengikut keperluan majlis.
Pilihan menu katering tempatan yang menyelerakan atau set BBQ untuk aktiviti memasak luar.

Lot 36837, Jln Sungai Tua, 68100 Batu Caves, Selangor

Pusat Peranginan Ekopelancongan GIBS
Lot 36837, Jalan Sungai Tua, 68100 Batu Caves, Selangor