GIBS Ecotourism Resort mula dibangunkan pada tahun 2016 di atas kawasan seluas 35 ekar di Jalan Ulu Yam, Selangor. Resort ini dimiliki sepenuhnya oleh Gabungan Profesional Dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS), sebuah organisasi yang komited dalam memartabatkan ekonomi, sosial, dan pendidikan di negeri Selangor.
Terletak hanya 30 kilometer dari pusat bandaraya Kuala Lumpur, resort ini diwujudkan sebagai pelarian sempurna bagi mereka yang ingin lari seketika daripada kesibukan kota dan menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga serta rakan-rakan.
Gabungan Profesional Dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor atau nama ringkasnya GIBS diluluskan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di bawah akta Pertubuhan 1966 pada 17 Jun 1986 atas nama asalnya Gabungan Ikhtisas Dan Usahawan Bumiputra Anak Selangor.
Mesyuarat Agung Tahunan GIBS Kali Ke 32 pada 28 April 2018 telah meluluskan pertukaran nama baharu kepada Gabungan Profesional Dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor. ROS seterusnya telah meluluskan pertukaran nama baharu tersebut pada 22 Jun 2018.
Penubuhan GIBS diperingkat awal ialah diatas kesedaran para profesional dan usahawan Melayu dikalangan anak jati negeri Selangor yang menyedari bahawa perlu wujud satu organisasi daripada golongan profesional dan usahawan untuk menyumbang lebih efektif kepada pembangunan ummah negeri Selangor.
Golongan tersebut juga tidak mahu terpinggir bagi mendapatkan peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan di jabatan kerajaan, anak syarikat dan sektor swasta di negeri mereka sendiri.
Pengasas awal bagi penubuhan sebuah pertubuhan yang menggabungkan para profesional dan usahawan Melayu di negeri Selangor sehingga tertubuhnya GIBS termasuklah Allahyarham Haji Abd. Latif B. Mohd Arippin, Yang Dipertua GIBs Pertama (1986-1988),
Dr. Mohammed Noor B. Hashim, Yang Dipertua GIBS Kedua (1988-1990), Allahyarham Hj. Hashim B. Abdullah dan ahli-ahli lain yang turut terlibat untuk penubuhan GIBS pada masa itu.
Sejak penubuhannya GIBS yang diterajui oleh Allahyarham Haji Abd. Latif B. Mohd Arippin, Yang Dipertua Pertama (1986-1988), Dr. Mohammed Noor B. Hashim, Yang Dipertua Kedua (1988-1990), Dato’ Haji Mohd Karim B. Haji Abdullah Omar, Yang Dipertua Ketiga (1990-2004), Haji Takril B. Tasuki, Yang Dipertua Keempat (2004-2010), Haji Hashim B. Sibelik, Yang Dipertua Kelima (2010-2014) dan
YBhg. Dato' Dr. Hj. Muhammad Arif B. Mohd Hashim, Yang Dipertua Keenam (2014-2020) telah memberi sumbangan yang amat besar dan bernilai dalam perancangan dan pembangunan termasuk untuk memartabatkan Islam, kemajuan Melayu dan ummah, ekonomi, keusahawanan, sosial dan pendidikan di negeri Selangor dan negara.
Ini dilakukan melalui penyertaan dalam pelbagai sumbangan pandangan ilmiah, perbincangan dikalangan pembuat keputusan tertinggi negeri, konsultansi, bimbingan dan sumbangan kepada kumpulan yang akan dapat manfaatnya.
Kini, GIBS telah melangkah ke depan yang lebih mapan dan gemilang lagi. GIBS Ecotourism Resort yang diluluskan pendaftaran oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai lesen perniagaan daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
Ia menjadi pemangkin kepada kecemerlangan organisasi ini. GIBS Ecotourism Resort telah dibangunkan atas tanah GIBS sendiri seluas 35 ekar di lot 36837, Jalan Ulu Yam, Selangor dan dimiliki sepenuhnya oleh GIBS.
Resort yang luas ini dan jaraknya hanya 8 kilometer daripada Selayang, Selangor mengandungi didalamnya hutan asli, bukit asli, sungai dan ratusan pelbagai pokok buah-buahan.
Resort ini amat sesuai untuk mengadakan pelbagai program dan aktiviti termasuk latihan dan pembangunan insan, penginapan chalet, hari keluarga, aktiviti riadah sungai, riadah hutan dalam bandar serta pelancongan taman buah-buahan tropikal ecotourism.
Pelanggannya terdiri dikalangan jabatan kerajaan, korporat dan swasta, sekolah, institusi pengajian tinggi dan juga kunjungan beramai-ramai untuk pengukuhan semangat pasukan dan aktiviti riadah untuk kumpulan, pengukuhan semangat pasukan dan aktiviti riadah untuk kumpulan, warisan daripada berbilang keluarga, keluarga, suami isteri dan individu.
Sama-samalah rakyat negeri Selangor dan negara mengunjungi dan turut serta menjayakan resort ini agar GIBS terus dapat menyumbang kepada pembangunan ummah dalam berbagai cara di negeri Selangor dan negara.
GIBS Ecotourism Resort menyediakan pelbagai kemudahan komprehensif yang direka untuk memenuhi keperluan setiap pengunjung. Nikmati penginapan unik di 20 unit Chalet kontena moden berpendingin hawa atau dormitori berkapasiti tinggi. Cabar ketahanan fizikal anda dengan aktiviti lasak seperti litar halangan, abseiling, dan merentas hutan. Rasai kesegaran air Sungai Batu yang jernih, lokasi sempurna untuk mandi-manda dan berkelah bersama keluarga. Pusat latihan kami dilengkapi dewan indoor dan outdoor yang luas bagi menyokong seminar atau Hari Keluarga. Setiap fasiliti dipantau oleh kawalan keselamatan dan CCTV 24 jam untuk menjamin ketenangan para tetamu. Terokai gabungan harmoni antara aktiviti pengukuhan pasukan dan keindahan alam semulajadi di Ulu Yam.

Mempunyai 20 unit Chalet kontena moden dengan pendingin hawa dan balkoni, serta 10 unit Dormitori untuk kumpulan besar.

Dilengkapi dengan litar halangan (obstacle course), abseiling, flying fox, dan aktiviti merentas hutan (jungle trekking).

Mandi-manda dan berkelah di Sungai Batu yang bersih dan jernih, sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak di Zon B.

Menyediakan dewan indoor dan outdoor serta ruang terbuka yang luas bagi menyokong pelbagai acara seperti Hari Keluarga dan seminar.
Huraian:Privasi Mutlak di Tengah Rimba: Adakah anda sedang mencari pelarian daripada hiruk-pikuk kota? Chalet (Standard)…
Destinasi Utama Hari Keluarga: Hujung minggu adalah masa untuk merapatkan ukhuwah! Di GIBS Resort, kami…
Lot 36837, Jln Sungai Tua, 68100 Batu Caves, Selangor

GIBS Ecotourism Resort
Lot 36837, Jalan Sungai Tua, 68100 Batu Caves, Selangor